Ketika ini, ramai orang mula mencari kerja part-time untuk mendapatkan ‘side income’. Bayangkan anda mendapat pekerjaan tetapi sebenarnya ia hanyalah satu taktik penipuan, pasti anda kecewa.

Terbaharu, seorang pengguna Twitter @aboiii98 telah berkongsi sekeping gambar menunjukkan laporan polis miliknya yang mengatakan dirinya telah ditipu oleh ‘scammer’.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Menerusi perkongsian tersebut, Muhammad Afiq Aidil yang berusia 24 tahun itu telah ditipu hampir RM16,000. Difahamkan, modus operandi scammer tersebut adalah menawarkan pekerjaan kepada mereka yang memerlukan kerja di Facebook.

Kerja yang ditawarkan adalah mudah iaitu hanya membeli beberapa produk di Shopee menggunakan wang sendiri dan untuk setiap pembelian akan diberikan keuntungan sebanyak 10% serta wang akan dikembalikan.

Pada awalnya, Afiq mendapatkan wang seperti dijanjikan tetapi semuanya bertukar menjadi mimpi ngeri apabila tugas ketiga yang diambilnya melebihi had masa ditetapkan dan berlaku sedikit kesilapan.

Oleh itu, Afiq telah menghubungi recruiter yang bertanggungjawab untuk mendapatkan refund dan mengatakan tidak perlu komisyen seperti dijanjikan tetapi disebabkan sudah melebihi masa maka dia perlu membayar denda terlebih dahulu.

Akan tetapi, individu yang dikenali sebagai Sophia mengatakan bahawa sistem ‘down’ dan hanya boleh refund pada keesokkan hari. Sehingga ke hari ini, wangnya masih belum diterima dan merasakan diri ditipu maka Afiq pun membuat laporan polis.

Perkongsian Afiq telah meraih perhatian orang ramai dan rata-rata netizen menzahirkan rasa simpati kepadanya. Malah, ada juga netizen mengatakan pernah berdepan dengan modus operandi sama dan lega tidak tertipu.

https://twitter.com/leenzri/status/1504133418791018500

https://twitter.com/LissaLaila/status/1504248865872310275

Bukan itu sahaja, para netizen turut mengatakan kini banyak iklan kerja yang sebenarnya hanyalah ‘scam’ dan orang ramai perlu berhati-hati ketika meminta pekerjaan.

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel berkaitan kes penipuan pada pautan di bawah ini.

Curi Gambar Mangsa Di Media Sosial, ‘Scammer’ Ugut Santau Jika Tidak Beri RM100

Lihat Bagaimana Scammer Menyamar Sebagai ‘Pilot’ Di Facebook Untuk Tipu Wanita Tempatan

Diminta Bayar RM279 Sewaktu COD, Wanita Ini Dedahkan Taktik Terbaru ‘Scammer’