Pada petang semalam tular satu rakaman video dashcam menunjukkan sebuah Proton Wira dilanggar oleh sebuah Toyota Yaris. Insiden tersebut telah menyebabkan bahagian kanan hadapan kereta Proton Wira tersebut hancur teruk.

Lebih merisaukan lagi apabila di dalam kereta tersebut ada seorang penumpang wanita yang sedang mengandung.

vocket-toyota-yaris-cuai-1
Sumber Gambar: Facebook Group 改装无罪(v)

Mangsa wanita yang terlibat dalam kemalangan semalam telah berkongsi pengalamannya bersama The Vocket. Menurutnya, semasa kejadian berlaku dia dan suaminya dalam perjalanan pulang dari Hospital Kuala Lumpur setelah selesai membuat pemeriksaan bayi dalam kandungan yang sudah berusia 7 bulan.

Secara tiba-tiba ada kereta Toyota Yaris dipandu dengan laju dari arah bertentangan sehingga masuk ke dalam laluan pasangan suami isteri ini lalu menyebabkan kedua-dua merempuh antara satu sama lain.

Impak pelanggaran tersebut telah mengakibatkan pemandu Proton Wira mengalami kecederaan di kepala dan kemungkinan kakinya retak, manakala mangsa wanita mendapat dua jahitan di bahagian kepala.

vocket-toyota-yaris-cuai-2-1
Sumber Gambar: Instagram Vocket Car Club

Tambah mangsa wanita itu lagi, dia perlu membuat pemeriksaan dengan doktor pakar untuk memeriksa kandungan mereka kerana takut uri tercabut akibat hentaman yang dahsyat semasa kemalangan tersebut berlaku.

Mangsa wanita itu turut berpesan walaupun ketika waktu kejadian mereka memandu pada kadar yang sepatutnya, namun masih ada segelintir pemandu yang mengabaikan keselamatan diri sendiri sehingga menyusahkan pengguna jalan raya lain.

Sama-sama kita mendoakan semoga pasangan suami isteri ini cepat sembuh seperti sedia kala dan kandungan bayi mereka dalam keadaan baik-baik sahaja.

Kemas Kini 22 Ogos 2022: Alhamdulilah setelah membuat pemeriksaan, bayi selamat di dalam kandungan. Pasangan suami isteri tersebut mengucapkan ribuan terima kasih kepada orang ramai yang mendoakan kesejahteraan mereka.

Pada masa yang sama, pemilik Proton Wira tersebut menyatakan kes ini sudah dibawa kepada polis dan akan diselesaikan mengikut undang-undang.

vocket-toyota-yaris-cuai-4-1
Sumber Gambar: Instagram Vocket Car Club
vocket-toyota-yaris-cuai-5-1
Sumber Gambar: Instagram Vocket Car Club

Baca lagi artikel-artikel yang menjadi pilihan pembaca The Vocket sepanjang minggu ini melalui pautan di bawah.

Orang Ramai Puas Hati Lihat Honda City ‘Kantoi’ Tak Lepas Menyelit Mahu Elak Bayar Tol

‘Sudah Dihujung, Malu Tolak Tepi’- Pemuda Nekad Berlari Tumpang Tandas Di SJR Curi Perhatian Netizen

Panik Dikejar Anjing, ‘Rider’ Ini Cuba Selamatkan Diri Sehingga Rempuh Pagar Rumah Orang