Akal, emosi dan sentimen. Salah satu perniagaan aku ialah menjual buah Nanas MD2, Nanas potong MD2 dan Jus Nanas MD2 100%.

Aku seronok dan tidak segan untuk menjual nanas di jalanan dan kaki lima. Melalui berniaga di jalanan dan kaki lima, aku dapat melihat dan merasai sedikit sebanyak perit jerih peniaga jalanan dan ragam-ragam pelanggan.

Pengalaman aku berniaga di kaki lima Maybank Seksyen 9 Bandar Baru Bangi, aku dapat melihat betapa lebih menguntungkan mencari ‘perniagaan’ berupa SIMPATI dan sentimen.

Lebih kurang jam 8.30 malam, setiap kali aku sampai ke Maybank untuk berniaga, akan kelihatan 2 orang dari Selatan Thai yang berpangkat pakcik dan makcik memakai Kopiah, kain pelekat, tudung labuh dan sanggup duduk langsung di atas lantai kaki lima. Memang nampak kesian. Berkesan sungguh emotional effect pada org lain hanya dengan taktik duduk direct atas lantai.

Padahal kotor lantai itu. Yang makcik itu akan letaklah keropok (tak berkualiti dan murahan) atas lantai. Tak susun elok-elok pun, macam tak minat untuk menjual. Yang pakcik pula, bawa bam (tiada kualiti dan murahan) dalam beg kecil kononnya sebagai barang perniagaan. Harga yang dijual RM10 sangat tidak setimpal dengan kualiti barang yang dijual.

Mereka sentiasa datang awal dan akan port betul-betul di kiri kanan pintu masuk bank. Terpaksalah aku pergi jauh dari lokasi strategik yang mereka sudah ambil. Mereka boleh berbahasa Kelantan dan akan cuba create ‘small talk’ dengan aku mungkin sebab segan dengan kehadiran anak tempatan yang mencari rezeki berniaga ditanah air sendiri.

Kalau dibandingkan bisnes model aku dengan mereka, jauh lebih sukar bisnes aku sebab untuk aku set up booth sahaja akan mengambil masa 20 minit. Itupun kalau aku dapat parking MPV dekat dengan kaki lima dan dapat offload barang dgn lebih efisyen. Itupun kalau parking yang kosong. Selepas itu, aku kena angkat 2-3 bakul berisi nanas seberat 50-100kg, peti sejukbeku, polystrene berisi nanas potong dan jus, penimbang digital, 3 keping plywood untuk letak nanas, kain untuk lap botol jus, tisu, baldi kecik isi air utk cairkan jus yg beku, bekas duit tukar, tester nanas, toothpick, beg plastik, stand up bunting, papan harga, dan lain-lain.

Itu belum diambil kira proses persediaan sebelumnya iaitu proses mengupas kulit nanas, membuang mata nanas, memotong nanas, slow juicing nanas, memasukkan dalam container plastik dan botol jus, melabelkan bekas dan botol dgn stiker produk dan lain-lain. Kesimpulannya, bisnes model aku berteraskan kualiti, harga berpatutan dan usaha yang gigih. PENAT.

Setelah aku bersedia untuk memulakan proses menjual produk nanasku, kagum aku melihat ‘perniagaan’ berteraskan simpati pakcik makcik itu begitu laris. Boleh kata ada sahaja pelanggan yang ‘mencampakkan’ duit kertas RM10 dan RM5 kepada mereka. Yang lebih menakjubkan, pelanggan tidak mengambil apa-apa pun barang jualan mereka. Ajaib sungguh. Duit masuk, barang tak keluar. WOW!

Sedang aku pula, walaupun nanas MD2 aku sedap, berkualiti, value for money dan hanya dijual pada harga RM6, pelanggan akan bertanya macam-macam dan membuat muka serius sebelum membeli. Itupun hanya dibeli setelah aku berjaya memberi layanan dan penerangan yang dapat meyakinkan mereka.

Ada juga insiden di mana, seorang pelanggan muslimah siap berniqab ini baru keluar bank dan terus meluru ke booth nanasku. Ku sangkakan hendak beli nanas, rupa-rupanya hendak tukar duit sahaja. Tanpa berfikir, aku pun menukarkan duit RM10 dia kepada RM5 dua keping. Ingatkan uuntuk apa, rupa-rupanya diberikan RM5 itu kepada setiap seorang pakcik dan makcik bersila atas lantai itu tanpa mengambil satu barang jualan pun. Tiada pun dia hendak beli satu pun jualan Nanasku. Tak apalah, tiada rezeki.

Dari jam 8.30 malam sehingga 9.30 malam , aku anggarkan pendapatan pakcik dan makcik itu boleh mencecah RM150 setiap seorang. Sungguh lumayan. Hanya dalam 1 jam. Sedang aku masih terkial-kial hendak buat sales RM30 sahaja pun. Penat berdiri, menyusun buah, mengelap botol yg basah dan lain-lain. Seronoknya ‘perniagaan’ mereka.

Ada sekali tu, duit tukar aku dah habis. Jadi aku risau tak dapat hendak bagi duit tukar pada pelanggan nanti. Jadi aku minta pada pakcik dan makcik untuk tukar not RM50 aku sebab aku tahu mereka dapat banyak duit not RM10 dan RM5. Yang menyedihkan, mereka kata tiada dan tak dapatlah aku tukar duit dengan mereka. Nampak sangat menipu. Aku rasa mereka telah dilatih untuk tidak bagi kerjasama sebab nanti ‘kantoi’ mereka dapat banyak duit.

Setelah beberapa kali aku berniaga di situ, aku dapat rasakan mereka rasa ‘tak sedap’ sebab mereka tahu aku tahu ‘taktik’ mereka dan pendapatan mereka. Mereka cuba berbaik-baik dengan aku, biasalah sembang tanya itu ini. Kadang-kadang macam kenen nak makan percuma. Maaf, aku tak dapat bagi. Dia mampu beli sebab dapat duit banyak. Cuma tidak mahu beli supaya nak kekal nampak susah dan nampak kesian. Sedang aku yang penat berusaha nak proses nanas tu lagi, nak berniaga lagi, tiada siapa hendak kesian.

Jadi aku layan begitu sahajalah mereka dan ada sekali tu aku bagi penegasan sikit (indirect) yg aku berniaga bukan mudah, kena usaha lebih, ada proses. Bukan senang nak dapat duit orang. Pakcik tu terasa. Terus bangun dan berlalu. Malu kot.

Aku perati, dekat-dekat jam 12 malam (ATM tutup), akan sampai satu TOYOTA HILUX dengan nombor plat Thailand. Parking jauh sedikit, kerana mahu menyorok mungkin. Akan disuruh seorang budak kecik untuk pergi ke pakcik dan makcik ini. Macam messenger lah supaya tidak nampak pemandu Hilux tu. Pakcik dan makcik itu pun akan berjalan menuju ke Hilux itu membawa hasil yg lumayan.

Dan berlalu pergilah bisnesman dan bisneswoman hebat dari Selatan Thai itu. Esok mereka mari lagi dari siang sampai ke malam. Hasil perniagaaan mereka akan dibawa ke tempat mereka tanpa memberi apa-apa faedah kepada anak jati Malaysia yg masih ramai yang susah dan gigih berusaha siang malam.

Bisnes model menagih simpati dan ‘agama’ sangat berjaya di dalam pasaran orang Melayu di serata lokasi. Orang Melayu memang ‘cerdik’.

KOPIAH

Muka aku sebijik macam Cina. Orang Cina pun ingat aku Cina. Jadi, kalau aku jaga booth aku, orang Melayu tengok atas bawah dari jauh. Payah nak singgah membeli. Apa nak buat. BMF punya ‘kejayaan’.

Jadi, walaupun aku paling tak suka ‘menunggang’ agama, aku terpaksa pakai kopiah semasa berniaga. Analisa aku menunjukkan, jumlah sales sangat jauh berbeza apabila aku memakai kopiah dengan apabila aku tidak berkopiah. Sales jatuh teruk apabila aku tertinggal kopiah aku di rumah. Pelik. Produk aku kualiti dan halal tetap yang sama tetapi Sales figure berbeza apabila berkopiah dan tak berkopiah. Real!

Penat aku menulis, namun aku yakin pasaran orang Melayu akan terus ‘cerdik’ mengkayakan orang Selatan Thai, orang Pakistan berjubah dan berjambang, orang Afganistan berjubah, penunggang agama dan watak-watak kesian. Tidak menilai melalui kualiti, kebersihan dan harga barang yang dibeli.

Patutlah sehingga hari ini orang Islam dan Melayu masih belum dapat membuat kapal terbang sendiri, kereta sendiri, basikal, handphone sendiri, waima seluar dalam sendiri pun belum lagi. Sebabnya, buat apa susah payah buat dan keluarkan teknologi sendiri. Kan lebih syok duduk atas lantai dan menadah tangan mengaut untung.

Dan aku juga yakin, selagi orang Islam meminta-minta, menipu dan masih tidak ‘cerdik’ di dalam memberi sedekah atau membeli, umat Islam akan terus mundur. Buktinya ialah, mana ada negara-negara maju seperti Jepun, Korea, Switzerland, Denmark, Australia dan lain-lain yang rakyatnya akan menyusun strategi, taktik dan meminta-minta dan menagih simpati.

Berniaga itu SUNNAH. Meminta-meminta bukan SUNNAH. Gunakan akal kita. Bukan hanya emosi. Sebelum itu, kalau anda berminat untuk membeli nanas MD2, bolehlah hubungi nombor ini atau Waze sahaja ‘MD2 KING 2020’. Terima kasih.

Ini pula kisah lelaki ini yang meraih wang ringgit dengan menjadikan gambar kanak-kanak dengan penyakit kronik sebagai ‘umpan’ untuk menipu orang ramai.

Guna Gambar ‘Anak Sakit’ Untuk Raih Simpati Taktik Terbaru Scammer Menipu Netizen

Rakaman Wanita Ini Minta Sedekah Sambil Berjudi Cetus Perdebatan Antara Netizen