Selepas menjelaskan singa mereka yang tular sebelum ini kelihatan kurus kerana bertukar diet daripada ayam ke daging, pihak Zoo Negara kini tampil menjelaskan kesibukan dan usaha yang berterusan untuk mengawan turut menjadi punca kepada perkara tersebut.

Menurut laporan Astro Awani, singa jantan tersebut Manja Kani mengalami penurunan berat badan ketara kerana perubahan corak makanan ketika musim mengawan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
EanKaHrUMAETWv8
FOTO: Twitter @f4izalhassan

“Manja Kani dan Manja Ela (singa betina) dalam proses mengawan sejak kebelakangan ini dan itu yang menyebabkan Manja Kani kadang-kadang tidak makan.

“Ini perkara biasa bagi spesies panthera leo namun kes Manja Kani lebih ketara kerana dipengaruhi oleh singa betina yang enggan mengawan, serta perlakuannya memaksa betina untuk mengawan,” kata Timbalan Presiden Zoo Negara Malaysia, Rosly Ahmat Lana kepada Astro AWANI.

Sebelum ini tular di media sosial gambar singa tersebut yang kelihatan kurus daripada kebiasaan yang dikongsian MohdFaizalHassan di Twitter.

Pihak Zoo Negara bagaimanapun tampil menjelaskan perkara itu berlaku kerana singa tersebut, Manja Kani bertukar pelan makanan daripada daging kepada ayam.

Ia difahamkan susulan daripada kekurangan bekalan daging pada musim perintah kawalan pergerakan ketika ini dimana pembekal tidak dapat menghantar bekalan daging yang diperlukan pihak mereka.

Manja Kani bagaimanapun menurut pihak pengurusan Zoo Negara kini sudah mula diberi daging sejak seminggu yang lalu dan didapati semakin berselera selepas dihidangkan dengan daging.

Bersama kita harapkan agar hubungan Manja Kani dan Manja Ela dapat berjalan dengan baik di musim mengawan ini agar singa kesayangan ramai ini dapat kembali sihat dan perkasa seperti kebiasaannya.

Situasi COVID-19 yang melanda dunia ketika ini bukan saja memberi kesan kepada manusia tetapi haiwan juga antara yang terkesan. Baca mengenai ‘Harimau Malaya’ di Amerika Syarikat yang dijangkiti wabak itu di pautan di bawah. 

Harimau Malaya Yang Bernama ‘Nadia’ Diuji Positif COVID-19 Di New York

Lebih 30 Haiwan Terbunuh Selepas Zoo Terbakar Disebabkan Sambutan Tahun Baharu

Selfridges Bakal Hentikan Jualan Produk Yang Diperbuat Daripada Kulit Haiwan Eksotik

Sumber