Selama hampir setahun tidak ke gelanggang akhirnya Manny Pacquiao yang akan kembali untuk mencabar juara dunia pemegang title secondary welterweight world, Lucas Matthysse pada 14 Julai ini di Kuala Lumpur.

Ikon sukan tinju Filipina dan Senator Pacquiao, pada mulanya beliau berjenaka untuk mengadakan perlawanan ini pada bulan lepas, tetapi kini ia akan menjadi realiti dan ia juga sudah disahkaan oleh CEO Golden Boy Promotions Oscar yang mengesahkan kenyataan pertandingan di laman media sosial di Twitter.

“Signed, sealed, and delivered: Proud to officially announce that WBA welterweight world champion Lucas Matthysse will put his title on the line against Manny Pacquiao in Kuala Lumpur, Malaysia on Saturday night July 14 (U.S. time).”

Kata beliau, “Pertandingan mungkin akan menjadi perlawanan yang sukar, Matthysse yang terkenal peninju knockout fighter, ia tidak melemahkan semangat saya malahan saya lebih teruja untuk berlawan untuk menjadi juara dunia sekali lagi. Saya mungkin seorang underdog di dalam perlawanan ini saya tetap akan mencuba untuk buat terbaik. Ia berfungsi sebagai motivasi besar bagi saya untuk berlatih dan berjuang keras memenangi mahkota gelaran ini” tambah Pacquiao, yang merupakan pemegang rekod 8 kali.

Siapakah akan menang perlawanan ini nanti? Manny Pacquiao tewas perlawanan sebelum ini kepada Jeff Horn pada Julai tahun lepas dan Matthysse pula mempunyai rekod 39 kemenangan termasuk 36 dengan kalah mati (K.O) dengan empat kekalahan, memenangi tali pinggang WBA kosong selepas mengalahkan Teerachai Sithmorseng dari Thailand pada Januari lepas. Sama-sama kita nantikan.

mannylucas

BACAAN SETERUSNYA

© 2018 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W). Dibuat dengan cinta di Damansara ❤