Secara tiba-tiba legenda sukan tinju Filipina, membuat satu ‘cabaran’ halus kepada Conor McGregor. Dalam satu gambar di Instagram, Pacquiao mengucapkan Happy Thanksgiving kepada McGregor bersama hashtag #realboxingmatch #2018.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Nampaknya semakin diterima McGregor dalam sukan tinju ini. Mana tidaknya. Ianya merupakan lubuk wang kepada kedua-belah pihak. Semasa perlawanan McGregor dan Floyd Mayweather, perlawanan itu menyaksikan setiap peninju menerima sekitar USD100 juta untuk Floyd Mayweather dan USD30 juta untuk Conor McGregor. Ini cuma hadiah kemenangan selepas memang tidak ditambah bayaran pay per view (PPV) seluruh dunia lagi.

McGregor tahun hadapan ingin kembali fokus dalam sukan UFC tetapi cabaran terbaru ini sesuatu yang tidak dijangka dan kemungkinan besar McGregor akan menyahut cabaran Pacquiao.

McGregor sebenarnya buat lebih banyak duit ketika bertinju dengan Floyd berbanding sepanjang kariernya bersama UFC. Adakah McGregor akan kalah akan kalah lagi atau mencipta kemenangan jika perlawanan ini benar-benar berlangsung?

Sumber