Lamborghini Huracan diubah suai dengan carbon fiber. Sekali pandang macam batmobile.

Bagi yang tidak kenal, Mansory ialah car modifier dari Swiss. Mereka telah memberi sentuhan carbon fiber sepenuhnya kepada Lambo Huracan yang diberi nama “Torofeo”. Fizikal luaran Huracan menggunakan carbon fiber yang sangat mantap.

Pengubahsuaian ini bukan saja melibatkan pengurangan berat kereta kerana penggunaan carbon fiber. Rekaan baru ini juga mempamerkan rekaan baru lampu, air intakes, apron hadapan, lip hadapan, skirts sisi, mirror housing, wheel arches, finned saftey glass bonet, spoiler belakang, diffuser dan apron belakang yang bukan saja menambah baik estetik tapi juga menambah baik downforce.

Di bawah hood pula dibina enjin V10 5.2 liter bersama sama dengan dua bearing turbocharger dan juga sistem ekzos yang diperkemaskan. Hasilnya, performance 1,250 hp pada 8,250 rpm kereta ini mampu memecut dari 0 hingga 100 km/h dalam masa hanya 2.7 saat.

Bahagian dalaman Huracan ini juga tidak ketinggalan apabila kulit dan Alcantara digunakan untuk membalut tempat duduk dan dash bersama sama dengan steering baru. Butang starter juga diubah sedikit kedudukannya dan pedal kaki aluminium digunakan.

mansory-lamborghini-huracan-torofeo-1

mansory-lamborghini-huracan-torofeo-2

mansory-lamborghini-huracan-torofeo-3

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram