Sebuah berita yang mengejutkan buat rakyat Malaysia pada hari ini apabila mantan presiden MIC, Tun Samy Vellu dilaporkan meninggal dunia pada awal pagi tadi.

Untuk pengetahuan, Tun Samy Vellu merupakan ahli parlimen Sungai Siput dari tahun 1974 sehingga 2008 dan juga bertugas sebagai Menteri Kerja Raya bermula 1983 sehingga 1989 dan sekali lagi pada 1995 sehingga 2008.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Mendiang juga berjaya muncul sebagai presiden MIC terpanjang dalam sejarah iaitu selama 31 tahun bermula tahun 1979.

Anak Tun Samy Vellu turut mengucapkan rasa sedih atas pemergian bapanya serta melabelkan bapanya sebagai mentor terbaik buat mereka anak-beranak.