Jika sebelum ini gelaran manusia terkaya dunia sudah lama dipegang Bill Gates, menjelang 2017 gelaran ini ternyata menjadi individu bernama Jeff Bezos.

Kata orang, setiap gelaran yang diterima hadir dengan sebuah tanggungjawab. Pada hari ini, Jeff Bezos selaku CEO kepada Amazon bersama isterinya telah mengumumkan mereka telah menyalurkan sebanyak $33 juta (~RM121 juta) kepada badan TheDream.US.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Dana yang diberikan ini akan diagihkan kepada 1,000 pelajar yang terpilih daripada ribuan pelajar yang memohon. Setiap pelajar akan menerima secara purata sebanyak $33 ribu untuk menyambung pelajaran ke 75 universiti yang terpilih.

Untuk pengetahuan anda, badan TheDream.US juga pernah menerima dana yang besar daripada pengasas media sosial berpengaruh iaitu Mark Zuckerberg sebanyak $5 juta pada tahun 2013.

Buat anda yang berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai Jeff Bezos, anda boleh klik di sini untuk membaca kisah kejayaan beliau.

Sumber