Setiap hotel pasti mempunyai rekaan mereka yang tersendiri untuk menarik tetamu tinggal di hotel mereka. Hotel Mar Adentro di San Jose Del Cabo, Mexico ini seperti hotel yang biasa anda lihat dalam sesebuah filem berkonsep futuristik. Sangat minimalist dan cool.

Tema warna putih dipilih menghiasi setiap pelosok hotel ini dan infinity pool hotel ini juga sangat cantik menghadap Laut Cortez. Hotel ni adalah hasil rekaan arkitek Mexico, Miguel Angel Aragones dan hotel 5 bintang ini berkapasiti 143 bilik suite.

S10
HYPE
Rakam Video Dan Terus Sunting, Ini Kelebihan Samsung Galaxy Note10 Untuk Anda Yang ‘On The Go’
Baca lagi →

Hotel ini juga menawarkan pantai private istimewa untuk tetamu hotel, tempat membeli belah, lima restoran, spa dan art gallery. Pendek cerita kalau dah tinggal di sini, pasti susah untuk tinggalkannya. Tetapi harga untuk satu malam di hotel ini untuk bilik yang menghadap laut adalah sekitar RM8,500. Tapi saya lihat di Agoda sedang ada promosi. Siapa yang berkenan, boleh cuba tempah di Agoda. Sarungkan kaca mata Tom Ford, dan bercuti seperti anda James Bond di hotel ini. Selamat bercuti!

mar-adentro-hotel-2

mar-adentro-hotel-3

mar-adentro-hotel-4

mar-adentro-hotel-5

mar-adentro-hotel-6

mar-adentro-hotel-7

mar-adentro-hotel-8

mar-adentro-hotel-9

mar-adentro-hotel-10

mar-adentro-hotel-11

  • SUMBER
  • HB

Anda Mungkin Suka