Legenda Argentina, Diego Maradona terkenal dengan skills yang luar biasa semasa berada di atas padang dan juga beberapa perangai gila yang ditonjolkan ketika di luar. Salah satu kerja gila yang dilakukan Maradona termasuk dengan penggunaan dadah.

Terbaharu, semasa menguruskan kelabnya, Gimnasia yang sedang bertanding di dalam  Primera División baru-baru ini, Maradona dilihat telah dihulur beg kecil yang mencurigakan.

IMG_2966
HYPE
Jenama Qaysaa Jelajah Sepanyol, Pink La Muralla Roja Jadi Pilihan ‘Photoshoot’ Raya 2020
Baca lagi →

Sejurus selepas itu, beberapa pembantunya pantas menghalang pandangan kamera.

Lelaki yang duduk di sebelah kiri Maradona dengan cepat menunjukkan ke arah kamera kepada lelaki yang bertanggungjawab memberi ‘sesuatu’ kepada Maradona. Selepas menyedari kehadiran kamera, kakitangannya dengan cepat menghalang pandangan kamera dan menyembunyikan sesuatu.

Ia masih belum disahkan sama ada itu kokain atau ‘benda lain’ yang disediakan khas buat Maradona.

Dari tahun 1980-an lagi Maradona telah menjadi pengguna dadah dan alkohol yang ‘setia’. Beliau juga dilaporkan telah mengalami masalah kesihatan sehingga mengganggu kerjanya sebagai pengurus. Tahun lepas, legenda bola sepak itu bergegas ke hospital selepas mengalami pendarahan dalaman di perutnya.

Berikut adalah kisah lain mengenai Diego Maradona, klik pautan di bawah untuk membaca.

Patung Diego Maradona Jadi Bahan Lawak Selepas Diperlihatkan Di India

Anda Mungkin Suka