Situasi COVID-19 telah menjadikan keadaan berubah dan mula terasa sukar. Salah satunya adalah aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang kini diadakan secara dalam talian.

Selain sukar bagi anak, ia juga akan menyukarkan ibu bapa hingga membuat mereka tertekan dan pening kepala.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Seperti dilaporkan Oddity Central, seorang lelaki berusia 45 tahun dari China, Liu terlalu kecewa sehingga terkena serangan jantung dengan anaknya yang gagal untuk memahami mata pelajaran matematik.

Sejak kelas dalam talian diwujudkan bagi mengurangkan penyebaran wabak COVID-19, Liu telah membantu mengajar anaknya berusia 3 tahun di rumah. Tetapi sejak kebelakangan ini, Liu merasakan sakit di bahagian dadanya setiap kali anaknya tidak berjaya memahami apa yang diajar olehnya.

Semakin hari, rasa sakit di dada Liu semakin teruk. Ia berlaku sewaktu Liu berusaha keras mengajar pelajaran matematik kepada anaknya. Pada masa itu, Liu terpaksa mengulang tiga kali soalan matematik yang sama kerana anaknya gagal untuk memahami dan mencari jawapan.

Selepas itu, Liu mula merasa sakit dada dan sesak nafas sehingga dia jatuh pengsan. Liu kemudian dibawa ke Hospital Shenzhen. Setelah diperiksa, Liu didiagnosis mengalami serangan jantung.

Sewaktu tiba di hospital, Liu dikatakan pengsan sekali lagi sebelum diserang sawan dan busa di mulut. Hasil dari siasatan doktor, sebahagian daripada arteri koronari utama Liu tersumbat hingga menyebabkan bekalan darah ke jantung berhenti. Serangan jantung itu dilaporkan oleh doktor berlaku disebabkan tekanan dan kemarahan yang dirasakan Liu ketika mengajar anaknya.

Untuk bacaan lanjut, klik pautan di bawah.

Pelajar Sekolah Tahfiz Dari Sarawak Juara Kejohanan Matematik Dunia

7 Cara Kreatif Yang Menyeronokkan Buat Anak Belajar Asas Matematik

Budak Ini Beri Pengajaran Bermakna Buat Dua Lelaki Saat Diuji Pengetahuan Matematik