Siapa yang tidak mengenali Ebit Lew, seorang penceramah agama berbangsa Cina yang cukup dikenali di Malaysia berikutan kegigihan beliau membantu mereka yang memerlukan.

Bagi anda yang tidak tahu, beliau menjual pelbagai jenis kurta dan baju Melayu dikenali sebagai Elew’s Design dan kedainya terletak di Bangi Sentral. Tidak lama lagi, Aidilfitri bakal menjelma dan ramai mula membeli kelengkapan terutama sekali baju raya.

Screenshot 2020-06-22 at 6.24.13 PM
HYPE
Lihat Bagaimana Bront Palarae Dan Fikry Ibrahim Selesaikan Permainan The Detectives
Baca lagi →

Kurta Sapoor ada 6 warna saiz S-2XL. Cutting slim fit. Available Now! Harga Rm59 je. Ok korang jangan lambat-lambat,…

Posted by Elew's Design on Thursday, 13 June 2019

Apa yang mengejutkan, Ebit Lew sedang menawarkan pekerjaan sebagai tukang jahit berikutan menerima lambakan tempahan pakaian Elew’s Design. Difahamkan beliau mencari 100 tukang jahit ketika ini.

Saya perlu 100 tukang jahit di kilang saya. Jahit beribu kurta & baju melayu. Banyak sangat order. Habis baju elews design-ebitlew

Posted by Ebit Lew on Sunday, 3 May 2020

Bagi anda yang ingin bekerja sebagai tukang jahit di kilang milik Ebit Lew, anda boleh hubungi sendiri Ebit Lew di Facebook beliau. Perkongsian tersebut mendapat perhatian ramai netizen dan ramai yang tidak sabar untuk mendapatkan koleksi Elew’s Design.

Akan tetapi, segelintir netizen berkata lebih baik menyokong Ebit Lew dengan membeli koleksinya berbanding membeli produk daripada Jakel. Bagi anda yang tidak tahu, orang ramai terutama sekali kaum Melayu berasa marah dengan Jakel kerana anak perniagaan tersebut bertindak ‘menghina’ mereka.

Rata-rata netizen berasa kecil hati dan bertindak ingin memboikot Jakel. Malah, para netizen ingin membuktikan kuasa pembeli berada dalam tangan mereka.

Screenshot 2020-05-04 at 10.02.40 AM

Screenshot 2020-05-04 at 10.03.32 AM

Elew’s design by ustaz ebit lew atau jakel yg hina2 melayu korang nak??kalau aku..aku pilih elew design by ustaz ebit…

Posted by Zahid Ayed on Saturday, 2 May 2020

Sebarkan peluang pekerjaan ini kepada mereka yang memerlukan dan apakah pandangan anda mengenai isu Jakel sebelum ini?

Apa kata anda ikuti kisah tentang Ebit Lew pada pautan di bawah ini.

Pernah Jadi Anak Didik Dr Fadzilah Kamsah, Ebit Lew Kongsi Perjalanan Hidup Sebagai Penceramah

Walau Dinasihat Tidak Teruskan Bantuan, Ebit Lew Tetap Terima Sokongan ‘Padu’ Netizen

Seorang Ustaz Bercerita Kisah Sebenar Keluhan Seorang Anak. Anda Akan Bertanya Adakah Aku Ibu Bapa Yang Baik

Anda Mungkin Suka