Tindakan seorang lelaki melanggar pacuan empat roda milik Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) hingga terbalik menggunakan jengkaut selepas marah disaman telah memakan dirinya.

Polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Keningau telah menahan pemandu jentolak yang berusia 60 tahun selepas menerima laporan jam 6.32 petang.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Ketua Polis Daerah Keningau, Deputi Superintendan Nor Rafidah Kasim, berkata pihaknya menerima laporan polis berkenaan kejadian seorang individu menghalang penjawat awam dalam menjalankan tugas.

Katanya, individu terbabit turut menggunakan kekerasan jenayah bagi menakutkan penjawat awam daripada menjalankan kewajipannya, petik Berita Harian.

“Siasatan awal mendapati ketika menjalankan operasi harian, salah seorang anggota JPJ cawangan Keningau menahan dan membuat pemeriksaan ke atas kenderaan berat jenis backhoe yang mencurigakan.

“Ketika pemeriksaan dijalankan mendapati terdapat kesalahan. Ketika saman hendak dikeluarkan, pemandu terbabit tidak berpuas hati dan marah dengan bertindak melanggar kenderaan JPJ yang dinaiki oleh petugas hingga mengakibatkan kerosakan pada kenderaan berkenaan,” katanya dalam kenyataan media, malam semalam.

Tambah Nor Rafidah lagi, petugas bagaimanapun sempat menyelamatkan diri dan tiada kecederaan ketika kejadian berlaku. Polis turut merampas jengkaut yang digunakan ketika kejadian. Suspek warga tempatan dan rampasan dibawa balik ke IPD Keningau untuk siasatan lanjut.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 186 dan 353 Kanun Keseksaan antaranya kerana menghalang tugas penjawat awam serta Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat.

Beliau turut meminta agar orang awam  tidak membuat sebarang spekulasi terhadap video tular di media sosial yang akan mengganggu siasatan polis.

* Ikuti VOCKET CAR CLUB melalui Facebook dan Instagram untuk ketahui perkembangan dan isu semasa automotif dari dalam dan luar negara.

Satu konvoi VIP dihon oleh pengguna jalan raya apabila didakwa menjadi puncak kesesakan. Tonton video penuh melalui pautan di bawah.

Jadi ‘Punca’ Jalan Sesak, Kereta Pengiring VIP Kena Hon Dengan Pengguna Jalan Raya

‘Saya Sudah Beam, Lori Tak Bagi Laluan’ – Pemandu Hilux Beri Alasan Selepas Gagal Memotong

‘Sudah Banyak Kali Berlaku Sebelum Ini’ – Penduduk Setempat Minta PBT Segera Tebang Pokok Kelapa

Sumber