Sebelum ini, isu berkaitan pembayaran komisyen terhadap pekerja penghantaran syarikat J&T telah menjadi topik perbualan netizen. Akan tetapi, isu tersebut mula lenyap apabila ada pekerja syarikat tersebut buka mulut mendedahkan perkara sebenar.
Terbaharu, tular di media sosial sebuah video rakaman situasi di hub pengumpulan barang syarikat penghantaran, J&T Express telah membuka kembali isu pembayaran komisyen tersebut. Menerusi video tersebut, pekerja syarikat penghantaran tersebut kelihatan membaling parcel yang terdapat di hub sambil menjerit sebagai tanda mogok kepada pihak pengurusan.
nak mogok, mogok jelah barang customer jarang kacau barwa. cuba kalau barang korang beli courier buat camtu ape kau rasa? pic.twitter.com/oXRh9WtzDp
— Hamba Picisan (@JamalThaRebel) February 6, 2021
Lantaran perkongsian video tersebut, rata-rata netizen tampil berkongsi keadaan parcel mereka yang kemek dan koyak dipercayai kerana dicampak seperti yang ditunjukkan dalam rakaman tersebut.
Selain itu, ada dalam kalangan netizen yang turut melaporkan kehilangan barang kerana dipercayai dicuri oleh pekerja syarikat penghantaran berkenaan.
the nightmare is finally here thanks jnt 🙂 pic.twitter.com/HCzeseh9Dj
— 👑 SKINDUTTI KL (@amradll) February 6, 2021
MuG rm35 (Pecah)buyer mintak refund-approved
.
.JNT Rm4.66 untung sampai abg jamil mam”
.
aku makan pasir🤣 https://t.co/a3zLUbXh9f pic.twitter.com/gN6CijDSgc— Datuk Seri jaga jaga cik salmah (@keretasewaqayem) February 6, 2021
— Hamba Picisan (@JamalThaRebel) February 6, 2021
Memahami motif disebalik tindakan yang dibuat, rata-rata dari netizen turut menzahirkan rasa simpati mengenai nasib yang menimpa pekerja syarikat penghantaran tersebut.
Namun begitu mereka juga berpendapat, para pekerja tidak sepatutnya melepaskan kemarahan kepada barangan dari pembeli, sebaliknya salurkan rasa tidak puas hati itu terus kepada pihak pengurusan.
no hate but kitorang faham dorang mogok and marah, tapi janganla sampai barang kami jadi mangsa, barang lukisan saya pecah macam mana nanti😭
— ipan💭 (@ipanneko) February 6, 2021
apa apa pun stay strong abang abang j&t, sellers and buyers. sama sama kita doakan semoga semuanya berjalan dengan lancar dan di akhiri dengan happy ending 🥲👍🏻
— iman alyssa (@imantroye) February 6, 2021
Para netizen juga tidak meletakkan kesalahan sepenuhnya kepada pekerja dan meminta agar syarikat berkenaan menjaga kebajikan pekerja mereka dan memberikan bayaran yang sepatutnya. Apakah pendapat anda akan isu ini?
Sebelum ini pernah tular di media sosial mengenai isu bayaran komisyen pekerja syarikat penghantaran berkenaan yang dikatakan telah dipotong. Klik pautan di bawah untuk membaca perkongsian dari kami mengenai isu tersebut.
Barang Pecah Dan Salahkan Syarikat Kurier, Netizen ‘Sekolahkan’ Pembeli Tuduh Tidak Berasas
Orang Malaysia Terlebih Kerja, Mana Perginya Keseimbangan Kerja Dan Masa Sendiri?