Jika anda sedang merancang percutian ke Sabah kelak, anda mungkin mahu merasai sendiri pengalaman menginap di Marakau Cabin Lodge. Ternyata Sabah sememangnya memiliki tempat-tempat yang menarik untuk dikunjungi.

Terletak di Kampung Marakau, Ranau, Marakau Cabin Lodge ini menggunakan konsep kabin dalam menyediakan tempat penginapan buat pengunjung. Selain itu, ia juga terletak di lokasi strategik di mana anda akan dikelilingi oleh panorama menghijau yang indah. Menariknya, tempat penginapan ini telah diilhamkan oleh anak tempatan sendiri. Cayalah!

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
Sekali pandang, mengingatkan kami pada Masbro Village di Melaka.
Sekali pandang, mengingatkan kami pada Masbro Village di Melaka.

Istiewanya lagi, sekiranya anda menginap di sini juga, anda akan berpeluang menikmati sepuas-puasnya pemandangan Gunung Kinabalu yang berdiri megah di bumi negeri di bawah bayu itu.

Kelihatan Gunung Kinabalu di latar belakang Marakau Cabin Lodge!
Kelihatan Gunung Kinabalu di latar belakang Marakau Cabin Lodge!

Bayangkan, anda bangun pagi sambil menghidup udara segar dan mata anda menjamu setiap keindahan ciptaan semulajadi Tuhan! Ah, asyiknya!

Anda pasti tidak mahu melepaskan peluang menikmati pemandangan seindah ini!
Anda pasti tidak mahu melepaskan peluang menikmati pemandangan seindah ini!

Pemandangan pada waktu malam di Marakau Cabin Lodge.
Pemandangan pada waktu malam di Marakau Cabin Lodge.
Sungguh cantik.
Sungguh cantik.

Suasana yang menenangkan.
Suasana yang menenangkan.

Untuk maklumat lanjut, anda bolehlah melayari halaman Facebook rasmi mereka. Mereka juga boleh dihubungi melalui talian telefon 019-831 2232.

BACA: Epik! Rakaman Drone Dan ‘Aerial Footage’ Di Gunung Kinabalu