Jika Kurt Cobain masih hidup, beliau pasti tidak sukakan perkara ini. Pihak pengurusan kumpulan legenda Grunge, Nirvana menyaman jenama Marc Jacobs kerana meniru logo smiley ikonik kumpulan berkenaan.

Baju yang dihasilkan oleh Marc Jacobs ini sebenarnya mengambil inspirasi daripada logo berkenaan dengan sedikit pengubahsuaian. Logo asal memaparkan rekaan pangkah pada bahagian mata tetapi untuk Marc Jacobs, ianya diganti dengan huruf M dan J.

SuperPark
HYPE
28 Aktiviti Awesome Yang Anda Boleh Cuba Di ‘SuperPark Malaysia’
Baca lagi →
Nirvana Tshirt

Perbezaan antara versi asal dan versi Marc Jacobs

Menurut keterangan produk ini di laman Marc Jacobs, baju ini adalah dari koleksi baju yang dihasilkan semula oleh Marc Jacobs bersempena koleksi yang dihasilkannya pada tahun 1993 ketika bersama jenama Perry Ellis satu ketika dahulu.

Bukan sahaja logo, tetapi tulisan ‘Heaven’ pada rekaan Marc Jacobs juga menggunakan font yang sama seperti tulisan Nirvana yang asal.

MJ WEB

Baju ini masih lagi dijual di laman Marc Jacobs dan pihak Marc Jacobs masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan. Baju ini dijual dengan harga USD115 (~RM477).

Jika benar pihak Marc Jacobs akan menghentikan penjualan baju ini, harga untuk baju ini pasti akan meningkat naik berlipat kali ganda. Jadi sementara ianya masih boleh dibeli, silalah beli.

#RealDeal. Nak dapatkan handphone power 8GB RAM + 128GB Storage? Jom tonton video ini.

Anda Mungkin Suka