Dalam masa dua hari,pengasas Facebook, Mark Zuckerberg disoal siasat lebih 100 individu dari latar belakang undang-undang berkenaan cara syarikat berkenaan mengendalikan data pengguna Facebook.

Mark Zuckerberg dipanggil untuk menjawab berkenaan skandal Cambridge Analytic yang menggunakan data hampir 87 juta pengguna Facebook untuk kegunaan mereka tanpa kebenaran. Sebagai pengasas Facebook, Zuckerberg tidak menghantar wakil tetapi beliau sendiri yang menjawab setiap soalan yang dikemukakan kepadanya.

Dalam masa dua hari, beliau ‘ditembak’ dengan pelbagai soalan tentang Facebook terutamanya berkenaan penggunaan data pengguna oleh pihak ketiga selain Facebook. Soalan berkenaan isu keselamatan negara turut dibangkitkan ketika sesi soal jawab ini.

Mark Zuckerberg Explains the Internet (to Old People)!

It'd be painful to watch if it wasn't so funny.

Posted by CNET on Wednesday, 11 April 2018

Zucker all product

Soalan yang melibatkan aplikasi WhatsApp turut ditanya kerana WhatsApp turut berada di bawah seliaan Facebook. Tidak boleh disalahkan senator ini bertanya soalan yang ramai sudah tahu kerana mungkin mereka sendiri langsung tidak mempunyai akaun Facebook dan tidak tahu bagaimana Facebook atau WhatsApp berfungsi.

Skandal ini dapat dielakkan jika Facebook menjadi lebih transparent dalam memberitahu penggunanya bahawa data peribadi setiap pengguna boleh diakses oleh pihak ketiga. Masih ingat kuiz-kuiz yang muncul di feed Facebook anda yang minta kebenaran akses akaun anda sebelum dapat join kuiz berkenaan? Ini juga salah satu cara pihak ketiga mengumpul data anda menerusi Facebook.

Zuckerberg photo

Ramai sebenarnya yang membuka akaun Facebook tanpa membaca terma dan syarat yang dibuat oleh Facebook kerana malas membaca terma yang panjang. Mark menjelaskan pengguna Facebook mempunyai hak sepenuhnya kepada maklumat peribadi mereka.

Facebook akan memperbaiki kelemahan mereka (serta memudahkan terma dan syarat untuk membuka akaun Facebook) supaya perkara seperti ini tidak akan berulang lagi di masa hadapan.

Kudos kepada Mark kerana kekal tenang walaupun diasak bertalu-talu dengan soalan yang pelbagai. Dengan skandal yang dihadapi Facebook ini, adakah sudah tiba masa untuk tinggalkan Facebook atau beri peluang kedua kepada Facebook?

BACAAN SETERUSNYA

© 2018 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W). Dibuat dengan cinta di Damansara ❤