Pelakon dan aktivis veteran, Margot Kidder yang dikenali dengan watak Lois Lane melalui siri adaptasi komik, Superman meninggal dunia di usia 69 tahun. Pelakon kelahiran Kanada ini disahkan meninggal dunia ketika tidur di rumahnya di Montana. Setakat ini, punca kematian masih belum didedahkan lagi.

Beliau mula dikenali umum melalui watak Lois Lane yang dimainkan sepanjang 4 siri berturut-turun sejak 1978-1987. Sejak 1980-an lagi umum mengetahui pelakon veteran ini mengalami masalah bipolar disorder yang turut menjadi penyebab kepada beberapa masalah peribadi.

Kemuncak masalah ini terjadi pada tahun 1996 apabila beliau akhirnya menerima rawatan mental setelah menghilangkan diri selama empat hari dan akhirnya ditemui berdekatan dengan lokasi penggambaran Superman.

margot

Setelah mendapat kewarganegaraan Amerika Syarikat pada 2005, beliau bergiat aktif sebagai aktivis yang memperjuangkan kesedaran mengenai kesihatan mental, politik dan alam sekitar. Selamat tinggal, Lois Lane.

margot kidder