Pelakon Hollywood, Margot Robbie telah disahkan sebagai watak utama dalam filem Barbie versi ‘live-action’. Menurut Variety, Warner Bros dan Mattel telah menjalin kerjasama untuk membawa filem itu ke kehidupan realiti.

Robbie juga dijangka melakonkan filem ini dibawah syarikat LuckyChap Entertainment bersama Tom Ackerley dan Josey McNamara. Filem ‘live-action’ itu diumumkan dalam perjanjian pertama yang diterajui oleh Mattel Films yang baru dicetak Mattel.

encarnara-margot-robbie-a-barbie-en-la-adaptacion-live-action
Sumber: megalopolismx

Dalam pernyataan rasmi, Robbie berkata bahawa beliau amat berbesar hati untuk mengambil peranan itu kerana beliau percaya dengan penghasilan filem ini, ia akan memberikan impak yang positif kepada kanak-kanak dan penonton di seluruh dunia. Beliau juga tidak menyangka beliau merupakan pelakon yang dipilih untuk memegang watak ini.

Nantikan filem Barbie yang bakal mula ditayangkan tidak lama lagi. Pastinya mereka yang membesar dengan patung Barbie tidak sabar untuk menontonnya.

#RealDeal. Nak dapatkan handphone power 8GB RAM + 128GB Storage? Jom tonton video ini.