Berita baik buat peminat ratu pop Mariah Carey yang menantikan persembahan comeback di Malaysia, kini anda boleh mula untuk set tarikh di kalender anda. Penganjur konsert, PR Worldwide baharu sahaja mengumumkan konsert oleh penyanyi tersebut yang akan berlangsung pada bulan Oktober nanti.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Konsert yang akan bertempat di Plenary Hall, KL Convention Centre pastinya akan dibanjiri oleh peminat penyanyi tersebut. Konsert ini pastinya memberi peluang kepada para peminat yang tidak berkesempatan untuk hadir di konsert Mariah Carey yang pernah berlangsung di Malaysia pada 2014 yang lepas.

Tiket masuk akan mula dijual pada 25 April dengan harga bermula RM 398 sehingga RM 888. Untuk maklumat lanjut anda boleh layari laman web rasmi PR Worldwide.

Sementara menantikan konsert tersebut mari dengarkan antara lagu Mariah Carey yang pastinya akan mengimbau kenangan lalu.