Marie Kondo merupakan penulis serta selebriti di sebalik buku ‘The Life Changing Magic Of Tidying Up’ serta siri Netflix yang mengajar cara untuk mengurangkan barangan yang ada di rumah bagi mewujudkan ‘joy’ dalam kehidupan.

Namun, kehadiran barangan jualan di laman web rasmi milik Marie, KonMari mendapat reaksi pelbagai daripada peminat Marie. Ada yang kurang bersetuju dengan barangan yang diniagakan di laman KonMari tersebut kerana ia sedikit sebanyak ‘lari’ daripada prinsip minimalis dalam kehidupan yang dibawa oleh Marie sejak beberapa tahun ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Marie Kondo bagaimanapun menepis dakwaan berkenaan. Tujuan beliau melancarkan laman jualan di KonMari adalah disebabkan permintaan peminatnya sendiri yang mahu memiliki produk yang sama miliknya di rumah.

KonMari 1

KonMari 2
Antara barangan yang dijual di KonMari

Antara barangan yang dijual di laman KonMari adalah organizer untuk meja, produk dapur dan bilik mandi, produk hiasan ruang tamu dan banyak lagi. Namun, yang menjadi perhatian sebenar adalah harga untuk setiap produk yang ditawarkan.

Sebagai contoh, berus lembut untuk kegunaan ketika mandi dijual pada harga USD108 (~RM450) dan selipar kulit untuk kegunaan dalam rumah dijual pada harga USD208 (~RM860).

Yang menjadi persoalan utama adalah botol air yang terkandung ‘gemstone’ dalamnya. Botol air ini dijual pada harga USD98 (~RM400) di mana keberkesanan ‘batu tenaga’ tersebut yang dikhabarkan mempunyai kesan baik untuk kesihatan diragui dan kemungkinan besar hanya memberi kesan placebo sahaja kepada pembeli.

KonMari Water Bottle
Rekaan botol air dengan batu yang dijual di KonMari

Laman berkenaan juga menerangkan botol air tersebut dapat ‘membersihkan’ air yang diisi didalamnya di samping memberi kesan positif dan harmoni kepada badan dan minda. Namun, semua ini bergantung kepada kepercayaan anda dan sekiranya digunakan untuk tujuan memulihkan, perkara berkenaan mungkin tidak akan berlaku.

Sekiranya barangan yang dijual Marie boleh spark joy untuk anda, bolehlah anda membelinya. Tetapi setiap pembelian di KonMari pastinya akan spark profit buat Marie.

Ini tip mengemas daripada konMari yang anda boleh cuba buat sendiri di rumah. Selamat mengemas!

Tiga Langkah Mudah Menyusun Kasut Gaya KonMari

Anda Perlu Membayar RM11,000 Untuk Jadi Pakar Mengemas Rumah Gaya KonMari

Sumber