Jika anda pernah sampai di Osaka atau Tokyo, pasti anda pernah melihat sekumpulan pelancong yang memakai kostum karakter Mario sambil memandu go-kart. Walaupun baru-baru ini syarikat yang menyediakan servis pemanduan go-kart di atas jalan raya tersebut telah berhadapan dengan tuntutan mahkamah, MariCar tetap meneruskan servis sehingga kini.

Cuma yang membezakan servis terkini dengan sebelumnya ialah nama yang diberikan untuk servis ini. Jika dahulu servis ini dikenali sebagai MariCar, kini perkhidmatan tersebut dikenali sebagai Mari Mobility. Aktiviti yang menjadi tumpuan pelancong ini kalah dalam satu tindakan undang-undang yang dikenakan oleh Nintendo.

Syarikat yang mengendalikan perkhidmatan ini dikehendaki untuk membayar saman sebanyak 10 juta Yen (RM370,000+-) untuk semua jenis ‘kerosakan’ (menggunakan imej Mario tanpa izin) dan tidak dibenarkan lagi untuk menggunakan kostum Mario. Seperti yang kita ketahui, Nintendo amat sensitif dalam menjaga imej dan produk mereka. Jadi tidak hairanlah jika syarikat yang mengusahakan Mari Mobility ini dikenakan tindakan sedemikian.

Adakah anda pernah mempunyai pengalaman memandu MariCar?

Event Runs 1324 Edited2
HYPE
Great Eastern LIVE GREAT RUN Kini Kembali Pada 17 Ogos 2019
Baca lagi →