Mark Zuckerberg yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Facebook dilaporkan mengarahkan supaya pasukan pengurusan laman sosial berkenaan untuk hanya menggunakan peranti Android sahaja kerana peranti Android digunakan dengan lebih meluas berbanding iOS.

Semuanya bermula berikutan isu Facebook yang telah dilanda skandal data Cambridge Analytica sehingga sejumlah pihak turut mengeluarkan komen mereka berkaitan dengan isu tersebut. CEO Apple Tim Cook turut mengatakan bahawa pihak Apple sangat mementingkan privasi pengguna dan tidak akan sesekali menjual data pengguna kerana perkara tersebut sekalipun tidak akan menjana duit dan keuntungan buat mereka.

Ecoworld-Cover-Image
HYPE
Dari Mata Turun Ke Hati, Ini Detik Percintaan Romantis Dua Pasangan Merpati Sejoli
Baca lagi →

Tim Cook sedikit sebanyak mengkritik sistem privasi Facebook yang menyebabkan ketirisan data pengguna kepada orang luar. Zuckerberg mungkin terasa dengan kritikan berkenaan dan menyebabkan beliau membuat keputusan ini.

Keputusan yang dibuat oleh Mark itu secara tidak langsung memudahkan pihak Facebook mendapatkan maklum balas dengan lebih pantas sebelum memperkenalkan sesuatu ciri baharu untuk aplikasi berkenaan. Jika Zuckerberg sendiri sudah bertukar ke Android, anda bila lagi?

Anda Mungkin Suka