Menyebut tentang ‘Jarvis’ pastinya anda semua tahu mengenai AI System yang digunakan Tony Stark di dalam Filem Iron Man. Situasi yang sama diusahakan Mark Zuckerberg yang bakal memperkenalkan AI System beliau sendiri pada bulan hadapan.

Hunter Killer Photo
HYPE
Misi Menyelamat Penuh Debaran Dalam ‘Hunter Killer’
Baca lagi →

Di dalam sidang media di Rome baru-baru ini, Mark mengatakan ‘Jarvis’ ciptaan Team Facebook bakal membolehkan beliau mempunyai akses untuk mengawal lampu, suhu dan beberapa lagi perkara asas di dalam rumah. Apa yang lebih menarik, AI System ini cuma bertindak jika mengesan suara Mark seorang sahaja.

zuckerberg

AI System terbaru cuma bertindak mengikut suara saya seorang sahaja. Malah, isteri saya tidak mendapat akses ini – Mark Zuckerberg 

AI System daripada Mark Zuckeberg yang pada mulanya bermula daripada projek untuk mengisi masa lapang nampaknya bakal menjadi kenyataan apabila projek ini hampir siap dan dijangka mempunyai fungsi yang hampir sama seperti Amazon Echo dan Samsung SmartThings.

Selain daripada itu, eksperimen daripada Mark Zuckerberg ini membolehkan Mark untuk mengetahui tahap kemampuan dan kecekapan para engineer di Facebook. Cool betul cara Mark Zuckerberg menilai prestasi staff beliau.

Mark juga mengesahkan AI System bakal digunakan dengan lebih meluas dalam 5 hingga 10 tahun akan datang. Penggunaan AI System yang mewakili pancaindera seperti penglihatan, pendengaran, berinteraksi serta perkara-perkara asas bakal memudahkan tugas manusia seharian.

BACAAN SETERUSNYA

© 2018 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W), a part of Media Prima Group