Setiap tahun, walaupun sibuk dengan perniagaan multi-billionairenya, CEO Facebook, Mark Zuckerberg akan membuat satu azam baru yang dan menjayakan cabaran yang telah dipilih. Ia menarik perhatian kami kerana kebanyakan pilihannya agak ekstrim dan memerlukan komitmen setiap hari selama setahun. Apa yang menarik juga, setiap tahun, azam yang dipilih akan menyentuh aspek kehidupan yang berbeza.

Tahun 2009: Memakai Tie Setiap Hari

Pada tahun 2009, beliau berehat sebentar dari trademark pakaian harian beliau – t-shirt kelabu dan hoodie. Lalu beliau memilih azam memakai tie setiap hari.

Sebenarnya azam beliau pada tahun 2009 adalah kerana satu sebab yang serius, seperti dinyatakan dalam Timeline beliau:

2009_zuckerberg_tie_thumb

Sumber: Next Big What

Tahun 2010: Belajar Bahasa Mandarin

“I have always been interested in Chinese culture and learning a language is a great way to learn about a culture.”

Sumber: Entrepreneur.com

Mark Zuckerberg memang sangat berminat dengan kebudayaan China. Isteri beliau, Priscilla Chan, juga berbangsa China. Jadi, amat difahami apabila beliau mahu mempelajari dan mendalami Bahasa Mandarin.

Semasa pembelajarannya, beliau bukan sahaja belajar tentang bahasa, tetapi juga tentang dirinya sendiri. Dalam satu peristiwa, beliau merungut kepada isterinya yang beliau tidak pandai mendengar di dalam Bahasa Mandarin, kemudian isterinya menjawab. “Mark, you’re not good at listening in English, either.”

Sumber: CNN

Menurut Mark, Bahasa Mandarin adalah bahasa yang susah, tetapi itu tidak menghentikan cita-citanya untuk menguasai bahasa itu.

Pada 22 Oktober 2014, Mark telah menjawab sesi Q&A di Universiti Tsinghua di Beijing, dan menerangkan lebih lanjut kenapa beliau mahu belajar Bahasa Mandarin.

Di dalam sesi di atas, Mark menyebut: “My wife [Priscilla Chan] is Chinese. Her family speaks Chinese, and her grandmother only speaks Chinese. When Priscilla and I decided to get married, I told her grandmother using Chinese. She was really shocked.”

Tahun 2011: Makan Daging Dari Haiwan Yang Telah Disembelih Dengan Tangannya Sendiri

Azam tahun 2011 adalah sangat berbeza dari tahun-tahun lain dan ia juga telah mengundang kritikan dari media.

Pada 4 May 2011, Mark Zuckerberg menulis di FB peribadi beliau, “I just killed a pig and a goat.” Ini telah menarik komen dari rakan-rakan yang keliru, ingin tahu dan geli terhadap kenyataan beliau. Mark membalas mesej kawan-kawan beliau dengan menyatakan ini adalah cabaran peribadi yang beliau pilih untuk 2011.

Cabaran yang pelik ini telah dipengaruhi oleh seorang chef di Silicon Valley bernama Jesse Cool. Beliau tinggal di Palo Alto, 8 rumah selang dari rumah Mark dan memiliki restoren bernama Flea Street Cafe. Cool telah memperkenalkan Mark kepada peladang tempatan, dan menunjukkan cara semasa Mark mahu “menyembelih” ayam dan kambingnya yang pertama.

Dari peristiwa ini, Mark lebih menghargai haiwan yang terpaksa dikorbankan untuk menjadi hidangan beliau. Beliau juga menjadi lebih vegetarian, dengan mengurangkan bilangan daging yang diambil.

Berikut adalah apa yang beliau kongsikan bersama Fortune.com tentang misi beliau pada tahun itu:

To start, let me give you some background on what I’m doing. Every year in recent memory, I’ve taken on a personal challenge — something to learn about the world, expand my interests and teach myself greater discipline. I spend almost all of my time building Facebook, so these personal challenges are all things I wouldn’t normally have the chance to do if I didn’t take the time.

Last year, for example, my personal challenge was to learn Chinese. I blocked out an hour every day to study and it has been an amazing experience so far. I’ve always found learning new languages challenging, so I wanted to jump in and try to learn a hard one. It has been a very humbling experience. With language, there’s no way to just “figure it out” like you can with other problems — you just need to practice and practice. The experience of learning Mandarin has also led me to travel to China, learn about its culture and history, and meet a lot of new interesting people.

This year, my personal challenge is around being thankful for the food I have to eat. I think many people forget that a living being has to die for you to eat meat, so my goal revolves around not letting myself forget that and being thankful for what I have. This year I’ve basically become a vegetarian since the only meat I’m eating is from animals I’ve killed myself. So far, this has been a good experience. I’m eating a lot healthier foods and I’ve learned a lot about sustainable farming and raising of animals.

I started thinking about this last year when I had a pig roast at my house. A bunch of people told me that even though they loved eating pork, they really didn’t want to think about the fact that the pig used to be alive. That just seemed irresponsible to me. I don’t have an issue with anything people choose to eat, but I do think they should take responsibility and be thankful for what they eat rather than trying to ignore where it came from.

Sumber: Fortune

Tahun 2012: Kembali Membuat Coding (Setiap Hari)

Setelah 6 tahun tidak buat programming/coding, Mark Zuckerberg kembali ke alam coding. Selama 6 tahun itu, Mark terpaksa melupakan kemahiran coding untuk memberi tumpuan mengurus, membangun dan mengembangkan Facebook.

Pada tahun 2012, beliau mencuba untuk membuat coding setiap hari – dengan harapan dapat berhubung lebih dengan pekerja-pekerjanya dan dapat memahami Facebook sehingga ke peringkat akar umbi.

Pada tahun 2012 juga, Facebook telah dibawa ke Bursa Saham untuk tawaran awam (IPO).

Sumber: ZDnet

Tahun 2013: Jumpa Orang Baru Di Luar Facebook Setiap Hari

“This year, my challenge is to meet a new person outside of Facebook every day,” beliau berkata ketika perjumpaan TechCrunch. Untuk mencapai cita-citanya pada tahun itu, Mark menyertai pertubuhan masyarakat setempat dan mengajar di sebuah ‘middle school’. Mark bertanya kepada kelasnya tentang perancangan ke kolej, dan terperanjat apabila seorang budak lelaki menyatakan tidak tahu sama ada dapat pergi ke kolej atau tidak kerana beliau tidak mempunyai dokumen kerakyatan.

Ini telah mendorong Mark mewujudkan Fwd.us, sebuah kumpulan pelobi yang menuntut perubahan imegresen di Amerika Syarikat.

Mark menyatakan cabaran pada tahun itu sebenarnya sangat senang kerana beliau berjumpa orang lebih ramai dari yang beliau sangkakan. “Saya fikir, sebab saya terlalu introvert, saya tidak bercakap dengan ramai orang luar,” Rupa-rupanya kenyataannya adalah sebaliknya.

Sumber: MNN

Tahun 2014: Menulis ‘Thank you Note’ Setiap Hari

Pada tahun 2014, Mark berazam untuk menulis ‘Thank You Note’ yang ditulis rapi, setiap hari, sama ada melalui e-mail ataupun tulisan tangan.

Beliau berkata ini adalah penting buat beliau, kerana beliau adalah seorang yang “kritikal”.

Sumber: Bloomberg

Tahun 2015? It’s too early!

“It’s too early!”, seloroh beliau ketika ditanya tentang azam tahun baru. :D

Sumber: CNBC, ABCNews

Kami harap Mark Zuckerberg akan cipta azam tahun baru yang cool juga tahun hadapan.

Azam kami, untuk The Vocket jadi sesuatu yang lain, dan berbeza pada tahun hadapan. Ya, kami akan jadi sangat berbeza dari apa yang anda kenali sekarang.

Nak tahu apa dia? Ikuti perkembangan kami di page Facebook kami di sini.