Siapa sahaja tak kenal Mark Zuckerberg. Sebagai pengasas Facebook, beliau adalah contoh CEO yang mengenakan pakaian yang sama setiap hari dan pakaian itu adalah trademark dan juga uniform beliau ke mana jua beliau pergi.

Beliau hanya akan memakai pakaian ini setiap kali; seluar jeans yang akan dipadankan dengan baju hoodie atau baju tshirt berwarna kelabu dan ini adalah rupa almari Mark Zuckerberg.

IMG_0539 2
HYPE
HUAWEI WATCH FIT Dan FreeLace Pro, Dua Gadget Terbaru Yang Anda Perlu Dapatkan Untuk Melengkapkan Aktiviti Sukan Anda
Baca lagi →

First day back after paternity leave. What should I wear?

Posted by Mark Zuckerberg on Monday, 25 January 2016

BACA: 8 Sebab Kenapa Orang Berjaya Memakai Baju Yang Sama Setiap Hari

Ya.Memang sangat minimalis orangnya Mark ini. Baju warna kelabunya disusun di sebelah kiri dan hoodie berwarna navy pula di sebelah kanan.

Tetapi baju kelabu yang dipakai Mark sebenarnya bukan biasa-biasa. Baju kelabu yang dipakai Mark adalah daripada jenama Brunello Cucinelli. Walaupun rekaan baju ini simple sahaja, tetapi harganya pasti buat anda berpeluh. Ianya dijual pada harga USD250(lebih kurang RM1,000) untuk sehelai.

Marky shirt

Boleh tahan juga taste Mark Zuckerberg ini. Mungkin keselesaan yang dicari Mark dan harga bukan penghalang baginya. Tetapi tidak perlu risau kerana ini alternatif baju kelabu yang anda boleh beli untuk mendapatkan gaya Mark Zuckerberg.

UNIQLO Dry Crew Neck (RM19.90)
uniqlo

Klik di sini untuk beli.

Jenama ini hanya cadangan daripada kami. Anda mungkin boleh terus ke shopping mall untuk borong baju berwarna kelabu jenama pilihan anda supaya dapat tampil bergaya dan minimalis seperti Mark. Kemas dan teratur almari kita selepas ni kalau hidup gaya Mark.

Anda Mungkin Suka