Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Ketepikan soal bangsa dan warganegara Mark Zuckerberg. Apa yang pasti Mark pastinya seorang yang dermawan. Pada penghujung tahun lepas Mark Zuckerberg selaku CEO Facebook serta ayah kepada Maxima Chan Zuckerberg memilih untuk menderma hampir 99% saham Facebook kepada pusat kebajikan. Jumlah nilai saham yang diumumkan adalah sebanyak $45 Billion USD.

Kebajikan yang difokuskan Mark adalah kepada membantu orang ramai di Africa mendapat capaian internet, peluang pekerjaan serta membantu bidang penyelidikan perubatan. Andela dibawah Chan Zuckerberg Initiative merupakan salah satu daripadanya.

Pertubuhan ini bermula untuk melahirkan rasa syukur Mark keatas apa yang diterima beliau selama ini. Mark mengangap usaha yang dilakukan oleh beliau ini sedikit sebanyak dapat membalas jasa pengorbanan dan kerja keras pasukan Facebook serta pengguna sebelum ini yang lebih bermakna untuknya.

Pada minggu ini, Mark Zuckerberg bersama isterinya telah memulakan langkah awal mereka di dalam kebajikan dengan menderma hampir 767,905 share bernilai $95 juta kepada Chan Zuckerberg Initiative (CZI). 

Berikutan pengumuman kebajikan melibatkan pengeluaran wang besar-besaran, Mark Zuckerberg diminta untuk mengeluarkan wang secara beransur-ansur dimana Mark tidak dibenarkan untuk menderma lebih $1 billion USD tiga tahun daripada sekarang.

Anda Mungkin Suka