Sebut sahaja mengenai siri Google Pixel, pastinya ramai yang sudah membayangkan mengenai kualiti kamera yang ditawarkan selain daripada pengalaman menggunakan Stock Android dengan kemaskini terus daripada Google.

Malah, kualiti model terbaru Google Pixel 3 ini berjaya meletakkan model ini sebaris dengan Huawei Mate 20 Pro yang berjaya menjadi pilihan ramai serta markah DxOMark sebagai telefon pintar dengan kualiti kamera terbaik.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Dxo Mark Google Pixel

Buat model keluaran Apple pula, Apple iPhone XS Max berjaya menjadi telefon pintar dengan penawaran kualiti kamera terbaik setakat ini. Walaubagaimanapun, keputusan yang dikongsikan DxOMark baru-baru ini agak mengejutkan ramai apabila Apple iPhone XR yang merupakan model dengan spesifikasi sedikit rendah melalui keluaran terbaru Apple pada kali ini berjaya memperoleh markah yang sama seperti Google Pixel 3.

OnePlus 6T yang turut menawarkan kualiti gambar yang menarik serta dinobatkan MKBHD sebagai telefon pintar terbaik tahun ini juga sekadar memperoleh 98 markah setanding dengan Google Pixel 2. Untuk pengetahuan markah DxOMark diuji melalui keupayaan mendapatkan gambar zoom terbaik, imej yang terhasil serta kualiti video yang terbaik.

#RealDeal. Nak dapatkan handphone power 8GB RAM + 128GB Storage? Jom tonton video ini.

Sumber