Sebut sahaja filem Marvel pasti sudah terbayang aksi lincah Spider-Man, Captain America, Thor, Iron Man dan beberapa watak adiwira melawan karakter jahat. Terkini Marvel sedang mencari pengarah Asia atau Asia-Amerika untuk mengarah filem adiwira asia pertama keluaran Marvel, Shang-Chi.

Bagi mereka yang sering mengikuti komik keluran Marvel pasti sudah tidak asing lagi dengan karakter Shang-Chi yang merupakan seorang ‘Master of Kungfu’. Skrip filem ini dijadualkan akan disiapkan oleh penulis skrip terkenal berketurunan China-Amerika, Dave Callaham.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Watak Shang-Chi pertama kali diperkenalkan dalam komik Marvel pada keluaran edisi sepsial #15 pada tahun 1973 sebagai Master of Kungfu. Watak tersebut memaparkan seorang pakar bela diri yang berketurunan cina dan dibesarkan dengan pendidikan dan kehidupan masyarakat dan tradisi cina. Pada pandangan anda siapa pelakon yang sesuai untuk membawakan watak ini dan pengarah yang berbakat untuk membawa filem ini kepada penonton?