Peminat fanatik adiwira Marvel terutamanya peminat Avengers mesti tidak sabar untuk mengunjungi tempat yang penuh dengan segala barangan serta aktiviti yang melibatkan superhero kesayangan mereka

Bermula musim panas tahun hadapan, anda berpeluang untuk mengunjungi Kampus Avengers yang bakal dibuka di Disney California Adventure Park.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Jangan terpedaya, walaupun menggunakan nama kampus tetapi ianya sebenarnya merupakan taman yang memberi peluang untuk pengunjung merasai pengalaman menjadi adiwira Avengers. Terdapat pelbagai konsep yang disediakan di Kampus Avengers ini.

Sumber: WDW News Today

Paling utama di dalam taman tema tu adalah rumah yang diberi nama ‘Worldwide Engineering Brigade’ (WEB). Bermula dengan rumah ini pengunjung dapat merasai inovasi terbaru mereka iaitu kenderaan ‘Web Slinger’ yang membolehkan anda untuk menembak jaring labah-labah seperti Spider-Man untuk membantu adiwira tersebut.

Selain itu, anda turut dapat mengecilkan atau membesarkan makanan. Hal ini kerana meraka menyediakan ‘Pym Test Kitchen’ yang sama seperti dalam filem Ant-Man and The Wasp.

Sumber: WDW News Today

Anda juga berpeluang untuk bertemu beberapa adiwira seperti Black Widow, Ant-Man, Doctor Strange, Iron Man dan ramai lagi.

Walau bagaimanapun, tarikh pembukaan sebenar taman tema itu masih belum diumumkan lagi.

Kami kongsikan juga kepada anda taman tema air yang baru dibuka di Malaysia iaitu di Langkawi dan Semenyih. Klik pautan di bawah untuk bacaan lanjut.

Taman Tema Air Pertama Di Langkawi Dilancarkan Menawarkan 12 Permainan Menarik

Taman Tema Air Tropika Pertama Di Dunia Bakal Dibuka Di Dengkil