Selepas Avengers 4, dikhabarkan banyak watak baru akan diperkenalkan dalam Marvel Cinematic Universe (MCU). Baru-baru ini Presiden Marvel Studios, Kevin Feige mengumumkan antara superhero terbaru yang mungkin membuat kemunculan ialah Ms. Marvel.

Mengikut perancangan, Ms. Marvel atau nama sebenarnya Ms. Kamala Khan bakal muncul pada tahun 2020 selepas filem Captain Marvel yang dilakonkan oleh Brie Larson. Buat pengetahuan anda, Ms. Marvel merupakan superhero Muslim pertama dalam sejarah Marvel.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Buat masa sekarang tiada pengumuman siapa bakal terpilih untuk memegang watak Ms. Marvel ini. Mungkinkah watak ini akan dipegang oleh artis dari Malaysia? Apa pun kita tunggu pengumuman seterusnya daripada pihak Marvel Studios.