Peminat setia Marvel Cinematic Universe (MCU) sudah tidak sabar menantikan trailer rasmi karya akan datang Marvel, Avengers 4. Ramai yang kecewa apabila trailer rasmi pertama Avengers 4 yang ‘sepatutnya’ keluar Jumaat lalu hanya sekadar khabar angin.

Spekulasi baharu bertiup kencang ketika ini menyatakan trailer rasmi pertama Avengers 4 akan dikongsi oleh pihak Marvel pada minggu ini. Peminat di Amerika Syarikat juga akan menonton rancangan Good Morning America dengan lebih kerap kerana sebelum ini, trailer pertama Avengers: Infinity War dan Captain Marvel ditayangkan khas buat pertama kali di rancangan berkenaan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Laman Twitter MCU News & Tweets pula menyatakan bahawa trailer Avengers 4 mungkin akan dikongsi oleh pihak Marvel seawal hari Rabu ini. Namun tiada pengesahan rasmi daripada pihak Marvel Studios pada ketika ini. Jika mengikut cara Marvel dan Disney, mereka mungkin sahaja akan buat surprise drop pada hari Rabu ini dengan trailer penuh atau sekadar teaser untuk menceriakan peminat MCU.

Benar atau tidak, kita tunggu sahaja sepanjang minggu ini. Sudah masuk bulan Disember dan sudah sampai masanya untuk Marvel kongsikan trailer awal untuk Avengers 4.