San Diego Comic-Con (SDCC) adalah salah satu convention terkemuka di Amerika Syarikat yang mengumpulkan syarikat pengeluar komik terkemuka dunia dan studio besar seperti DC Comics dan marvel semestinya akan membuka booth di sini.

Setiap kali SDCC, Marvel Studios akan memberikan poster edisi khas percuma kepada semua pengunjung dan tahun ini, ianya sangat win dan menjadi rebutan ramai.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Poster motivasi biasanya tampak bosan dan menggunakan stock image tetapi Marvel Studios menghasilkan poster motivasi versi mereka sendiri yang sangat cool. Ianya memaparkan gambar Thanos di samping tulisan motivasi di bawahnya, “The hardest choices require the strongest will.”

Thanos motivation
Poster percuma yang dijual kembali pada harga USD41 (RM162)

Poster berkenaan dikongsi oleh Ryan Meinerding, Ketua bahagian Visual Developement di Marvel Studios. Poster ini sudah sold out di SDCC dan ada yang sudah menjual poster edisi khas ini di laman EBAY.

Poster ini sedikit sebanyak memberikan sisi ‘baik’ kepada Thanos walaupun beliau sudah menghapuskan separuh penduduk di alam semesta. Poster motivasi yang cool untuk digantung di ruang pejabat.