Marvel Entertaiment nampaknya bukan sahaja melancarkan teaser Avengers: Endgame malah teaser Captain Marvel turut dilancarkan secara serentak bersempena Super Bowl 2019. Pada teaser pada kali ini dapat dilihat Brie Larson selaku Captain Marvel tampil dengan lebih agresif. Captain Marvel bakal mula ditayangkan pada 8 Mac 2019 iaitu sebulan sebelum tayangan Avengers: Endgame. Tonton trailer Captain Marvel yang epik ini.