‘Black Widow’ yang akan ditayangkan pada 1 Mei 2020 merupakan filem pertama bagi MCU Phase 4. Pada hujung minggu yang lalu, gambar konsep filem Black Widow telah didedahkan bersama villain yang akan muncul dalam filem ini, Taskmaster.

Marvel Phase 4 Timeline
Susunan tarikh tayangan siri Marvel untuk Phase 4

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Pada yang mungkin kurang mengenali Taskmaster, beliau adalah bekas anggota SHIELD yang kemudiannya berpaling tadah dan menjadi mentor serta pelatih untuk satu organisasi rahsia. Taskmaster mempunyai kemahiran meniru aksi sesiapa yang berdepan dengannya dan menjadikan beliau seorang musuh yang sukar untuk ditumpaskan.

Secara dasarnya, filem ini akan mengisahkan masa lampau Natasha yang dilatih KGB sewaktu kecil dan bagaimana beliau diterima masuk menjadi anggota SHIELD dan Avengers.

Black Widow akan diarahkan oleh Cate Shortlam, pengarah wanita pertama dalam MCU. Filem solo Natasha Romanoff ini bakal mengambil setting masa selepas peristiwa ‘Captain America: Civil War’, namun sebelum ‘Avengers: Infinity War’ dan ‘Avengers: Endgame’ dan kemungkinan besar berlegar di bandar Budapest. Adakah Hawkeye akan turut muncul dalam filem ini nanti? Kita tunggu Mei tahun hadapan.