Nampaknya siapa yang hadir ketika pameran CineEurope Rabu yang lalu bernasib baik kerana dapat melihat dan mendengar pekembangan terbaru dari pihak Marvel untuk Avengers 4 serta filem superhero terbaru mereka, Captain Marvel.

Kali ini ianya agak berbeza kerana tiada gambar konsep atau gambar rasmi Avengers 4 dari pihak Marvel diperlihatkan kepada peserta yang hadir sebaliknya hanya perkembangan biasa mengenai penggambaran Avengers 4 dikongsi oleh pihak Marvel. Tetapi tajuk rasmi untuk Avengers 4 sudah diberi hint dan ianya akan bertajuk ‘Avengers: F___ H___’. Hanya ada huruf ‘F’ dan ‘H’ sebagai klue.

https://twitter.com/iwrecoverygroup/status/1006890694655533056

Kevin Feige turut berkata Avengers 4 kini dalam fasa post-production dan mengesahkan ada tambahan shooting yang perlu dibuat untuk menjadikan Avengers 4 lebih menarik. Mungkin juga disebabkan berlaku beberapa info tertiris tentang Avengers 4 mereka perlu membuat babak tambahan sebagai back up.

Supaya perkara lalu tidak berulang lagi, peserta yang hadir ketika CineEurope perlu menutup telefon pintar mereka sebelum masuk dan mereka bertuah kerana menjadi yang pertama menonton trailer rasmi Captain Marvel.

Yang pasti, Captain Marvel akan menjadi watak penting selepas Avengers 4 dan kemungkinan besar, trailer rasmi Captain Marvel akan dilancarkan Marvel tidak lama lagi. Persoalan terbesar di sini pastinya adakah Thanos akan tumpas di tangan Captain Marvel dalam Avengers 4 nanti?

Sumber