Ura-ura bahawa Marvel Studios tidak mahu hasilkan trailer untuk Thor: Love And Thunder sebagai salah satu eksperiman baharu untuk filem ini nampaknya tidak benar apabila Marvel Studios memperlihatkan pandang pertama filem Love And Thunder semalam.

Teaser ini memberi gambaran serba sedikit siapa yang akan muncul dalam Love & Thunder dan dapat dilihat ahli Guardians Of The Galaxy bakal memeriahkan dan mengikut pengembaraan Thor ke dunia baharu.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Penggunaan lagu ikonik Guns N’ Roses’ ‘Sweet Child O’ Mine’ sebagai runut bunyi menambahkan lagi mood retro untuk filem ini. Namun paling mengujakan dalam teaser ini ialah pandang pertama Natalie Portman sebagai Female Thor, menggunakan senjata Mjolnir yang dahulunya retak dan musnah sebagai senjata.

Selepas menamatkan penggambaran pada Jun 2021, Chris Hemsworth berkata Love And Thunder bakal jadi satu filem yang ‘gila-gila’ serta sarat dengan jenaka dan aksi.

Selain itu, pelakon Christian Bale turut akan beraksi di dalam filem ini sebagai Gorr the God Butcher. Bagaimana rupa Bale dalam filem ini nanti? Nantikan tayangan filem ini di pawagam pada 8 Julai 2022.


Tahukah anda pelakon utama Shang Chi, Simu Liu memulakan karier beliau sebagai model untuk stock photo?

Sebelum Bintangi Filem Marvel Shang-Chi, Simu Liu Adalah Model Biasa Untuk ‘Stock Photo’

Marvel Sudah Rancang Kehadiran Spider-Man Ke MCU Sejak Filem Iron Man Yang Pertama

Peminat Marvel Mula Teruja Siri X-Men Mungkin Diperkenalkan Dalam Doctor Strange 2

Sumber