Belum pun sempat peminat Marvel reda sedikit dari keterujaan mereka, Marvel tambah lagi keterujaan peminat Marvel dengan poster konco-konco Thanos, The Black Order. Semalam, selepas satu ‘rundingan’, Avengers: Infinity War akan ditayangkan seminggu lebih awal daripada tarikh yang telah ditetapkan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Tak sampai sehari, muncul pula poster rasmi untuk The Black Order. Jika sebelum ini villain dalam filem-filem Marvel kebanyakkannya mudah dikalahkan serta dilupakan, tidak bagi The Black Order. Ada peminat yang berharap The Black Order memberi tentangan sengit kepada para Avengers; dan ada yang mahu Avengers kalah di kalangan orang-orang kanan Thanos ini.

black-order-avengers
Dari Kiri: Corvus Glaive, Proxima Midnight, Thanos, Ebony Maw, Skull Obsidian

Paling menarik tentang Black Order ini adalah voice actors di sebalik watak-watak ini. Setiap watak akan disuarakan oleh Mark Hamill (Corvus Glaive), Whoopi Goldberg (Proxima Midnight), Ebony Maw (Bill Nighy) dan Cull Obsidian (Vin Diesel).

Dahsyat sekali voice actor untuk Black Order ini. Mereka ambil Luke Skywalker dan Vin Diesel pula dapat lagi satu watak Marvel selepas Groot. Marvel memang mahu jadikan Infinity War sebagai dengan kutipan paling tinggi dan dengan cara pemasaran mereka ini, tidak mustahil misi Marvel akan tercapai.

avengers-black-order-1