Selepas diperkenalkan secara rasmi dalam Captain America: Civil War, Spider-Man adalah antara watak paling banyak menerima suit baharu dalam setiap filem yang melibatkan watak berkenaan.

Untuk Spider-Man: Far From Home, Peter turut akan hadir dengan beberapa lagi suit baharu antaranya suit all black ‘Stealth’ ini. Suit ini dapat dilihat membuat kemunculan dalam slot iklan TV Far From Home di Korea dan juga Mexico.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Berdasarkan klip ini, suit Stealth bakal digunakan Peter untuk tujuan intipan. Namun, suit ini juga merupakan homage untuk siri komik Spider-Man: Noir, siri komik Peter Parker versi Earth-90214 yang pertama kali diterbitkan pada 2019.

Spider-Man: Far From Home akan ditayangkan di pawagam pada 4 Julai 2019.