Sempena meraikan ulang tahun ke-10 tayangan filem ikonik adiwira, Marvel Studios mengeluarkan buku Marvel: The First Ten Years yang mengandungi kesemua siri turutan kisah hebat bermula dengan Captain America: The First Avenger.

the-marvel-studios-films-get-a-timeline

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Sekiranya jangka masa rasmi ini tidak didedahkan oleh pihak Marvel sekalipun, pasti peminat setia siri Marvel ini sudah mengetahui turutan setiap filem yang ditayangkan ini. Menurut perkongsian awal laman web ScreenRant turutan filem selama 10 tahun ini bermula dengan Captain America: The First Avenger pada tahun 1943.

1943-1945: Captain America: The First Avenger
2010: Iron Man
2011: Iron Man 2, The Incredible Hulk, Thor
2012: The Avengers, Iron Man 3
2013: Thor: The Dark World
2014: Captain America: The Winter Soldier, Guardians of the Galaxy, Guardians of the Galaxy Vol. 2
2015: Avengers: Age of Ultron, Ant-Man
2016: Captain America: Civil War, Spider-Man: Homecoming
2016-2017: Doctor Strange
2017: Black Panther, Thor: Ragnarok, Avengers: Infinity War

Namun terdapat beberapa filem yang tidak tersenarai sekali antaranya Ant-Man and the Wasp (2018). Bagaimana pandangan peminat setia filem Marvel? Adakah anda mampu menyenaraikan turutan filem dengan betul?