Pejam celik, sudah 10 tahun usia rangkaian filem Marvel Cinematic Universe(MCU) di mana ‘Iron Man’ yang ditayangkan pada tahun 2008 menjadi filem pertama MCU. 10 tahun kemudian, superhero di bawah MCU ini akan bertempur dengan musuh terkuat mereka, Thanos. Nampak betapa teliti dan hebatnya Marvel mencipta branding MCU ini.

Sempena ulang tahun ke-10 Marvel Cinematic Universe, Semalam Marvel Entertainment berkongsi video rakaman gambar ‘Class Photo’ pelakon dan pengarah yang terlibat dan menjadi tulang belakang sepanjang berjalannya MCU ini. 79 aktor dan pengarah dikumpulkan sekali untuk merakam gambar rasmi ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Gambar ini dirakam pada Oktober tahun lalu dan dapat dilihat pelakon dari siri Guardians Of The Galaxy, Thor, Iron Man, Ant-Man dan the man himself, Stan Lee gembira bertemu rakan-rakan seperjuangan. Para pelakon dalam MCU ketika ini adalah pelakon generasi emas Hollywood dan selepas Infinity War, bersedialah andai ada pelakon-pelakon ini yang tidak mampu lagi untuk membawakan watak mereka dalam MCU.

Loki dan Quiksilver nampaknya tiada dalam gambar ini. Dapatkah anda teka siapa lagi yang tidak ada dalam gambar ni? Melihat gambar ini buat kami rasa lagi tak sabar untuk Avengers: Infinity War.

Marvel Class Photo

Sumber