Ini berita baik untuk anda peminat adiwira Marvel dalam siri Netflix iaitu Daredevil, Luke Cage dan Iron Fist. Marvel bekerjasama dengan Prop Store untuk menjual barangan seperti kostum dan sebagainya. Semua item ini adalah eksklusif dan authenticĀ daripada siri Netflix tersebut.

Semua item ini dilelong berikutan pembatalan semua siri Marvel di Netflix. Terdapat lebih kurang 800 barangan yang akan dilelong secara liveĀ dan barangan tersebut akan dilelong secara rasmi bermula 12 hingga 13 Ogos 2019 depan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Akan tetapi, anda boleh mula membida barangan tersebut mulai sekarang. Bagi anda yang berminat, anda bolehlah mendaftar untuk membida terlebih dahulu di laman web ini. Nampaknya Marvel memang mahu ‘cuci tangan’ daripada mempunyai kaitan dengan Netflix. Bagi anda yang masih berharap siri kegemaran anda ini akan diteruskan di Disney+, nampaknya impian anda itu kini sudah terkubur.

Sumber