Selepas Endgame, nampaknya satu ‘permainan’ baharu akan dilaksanakan oleh Marvel Studios. Dengan perjanjian Fox dan Disney akan diselesaikan hujung bulan ini, Marvel Studios akan mengucapkan selamat datang kepada watak-watak X-men dan Fantastic Four ke MCU.

Menurut WGTC, dikhabarkan Marvel Studios sedang merangka satu projek besar untuk gabungan ini dalam satu filem yang pastinya akan epik; pertarungan antara para Avengers dan ahli X-Men.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Ianya tidak akan dilakukan secara terburu-buru dan menjadi tradisi Marvel untuk membina watak-watak baharu terlebih dahulu. Seperti juga Avengers, X-Men akan melalui fasa pengenalan dan seterusnya akan berkait antara satu sama yang lain sebelum digabungkan menjadi satu filem ‘mega’.

Crossover Avengers vs X-Men ini sudah pun dibuat dalam versi komik pada tahun 2012 yang lalu. Jadi, projek ini sangat mengujakan peminat setia Marvel. BossLogic juga sudah membuat poster fan art untuk kolaborasi ini tahun lalu; ibarat beliau sudah dapat ‘menghidu’ projek ini lebih awal.

Apa pun selepas Avengers: Endgame kita akan melihat kumpulan Avengers yang baharu, kemungkinan besar tanpa Iron Man, Thor dan juga Captain America. Avengers baharu inilah yang mungkin akan terlibat dalam projek Avengers vs X-Men. Adakah pelakon X-Men sedia ada akan diserap terus ke dalam MCU nanti? Mungkin ya dan mungkin tidak. Sama-sama kita nantikan.

Sumber