Marvel Studios dan Disney secara rasmi mendedahkan segala projek akan datang mereka di San Diego Comic-Con yang sedang berlangsung pada ketika ini. Ini termasuklah tajuk rasmi untuk beberapa filem yang dinantikan peminat antaranya Thor dan Doctor Strange.

Paling menarik perhatian ramai semestinya untuk projek Thor di mana tajuknya sahaja sudah membuatkan ramai peminat teruja. Natalie Portman juga bakal kembal untuk filem keempat Thor ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Filem solo kedua Doctor Strange turut mendapat sahutan yang kuat ketika diumumkan dan dihabarkan watak Nightmare bakal menjadi penjahat utama untuk filem kedua Doctor Strange nanti.

Menarik apabila laman streaming terbaru Disney, Disney + akan menampilkan siri TV untuk Falcon, Wanda, Loki dan Hawkeye di mana pelakon asal akan melakonkan watak berkenaan dan bukannya aktor lain. Kami susun dahulu Segala filem dan siri TV yang telah diumumkan di SDCC ketika ini. Di caption setiap gambar anda boleh melihat secara rasmi pelakon yang sudah pasti akan berlakon untuk setiap filem atau siri TV.

1. Filem Marvel Cinematic Universe (Phase 4)

2. Senarai siri TV (Disney +)

Ini adalah pengumuman rasmi untuk beberapa siri yang sudah sah tarikh tayangannya oleh pihak Marvel Studios. Kami akan update senarai ini jika ada tambahan projek terbaru daripada Marvel di SDCC.

Melihat senarai ini, kami sudah yakin Phase 4 nanti tetap akan epik walaupun tanpa kehadiran Captain America dan Iron Man. Jalan terus!