Filem Thor sebelum ini pernah dikecam kerana memaparkan perkembangan fasa jalan cerita yang paling teruk dalam sejarah Marvel Cinematic Universe (MCU).

Kronologi yang dipaparkan dalam filem juga tidak sejajar dengan jalan cerita komik. Walaupun dikecam, namun salah satu filem sekuelnya iaitu Thor: The Dark World masih dianggap penting dalam mengembangkan fasa MCU Avengers yang seterusnya.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Demi menebus ‘kesilapan’ filem Thor di MCU, terdapat pengenalan elemen baharu yang diambil menerusi filem Thor: The Dark World selain Infinity Stones akan diperkenalkan dalam filem Avengers selanjutnya.

Penampilan mutant X-Men di MCU Avengers

Terdahulu, pada Julai 2019, pengarah studio Marvel, Kevin Feige mengumumkan bahawa watak mutant X-Men akan menjadi sebahagian dalam francais filem Avengers. Namun, kenyataan tersebut tidak diterangkan secara teliti. Sehinggalah satu laporan kenyataan dikeluarkan Marvel yang berkata bahawa penglibatan watak mutant akan menyebabkan kekacauan dalam MCU Avengers.

Filem Avengers seterusnya yang sepatutnya memulakan pengambaran pada pertengahan 2020 lalu berkemungkinan tidak dapat dapat diterbitkan seandainya wujud pengenalan watak-watak mutant X-Men pada fasa kelima dan keenam MCU. Namun kini, berdasarkan laporan Independent, watak Wolverine dalam X-Men dijangka akan muncul pada fasa kelima MCU dalam siri episod  The Falcon and the Winter Soldier yang bakal ditayangkan di saluran Disney+.

Bagaimana X-Men boleh terlibat dalam MCU?

https://www.youtube.com/watch?v=hkqRpF7dRvQ

Menerusi laporan Screen Rant  jelas membuktikan bahawa kewujudan watak mutant sudah dibincangkan menerusi babak cameo (sampingan) lakonan Stan Lee dan Dr. Erik Selvig, seorang pakar psikatris dalam filem Thor: The Dark World.

Jika diteliti secara halus, papan hitam yang ditulis Dr. Erik jelas menunjukkan perbincangan teori fenomena the Fault iaitu fenomena kemusnahan alam kosmik Cancerverse (alam tamadun bagi makhluk asing Brood) akibat peperangan mutant Kree dan Shi’ar lalu terbentuk multiverse dalam komik X-Men karya Jonathan Hickman.

Tambah menarik, kisah alam the Fault ini berkemungkinan akan diceritakan menerusi filem sekuel Doctor Strange 2: In The Multiverse of Madness arahan oleh Sam Raimi. Untuk mengetahui bagaimana aksi mutants dalam MCU Marvel, anda mesti menunggu kemunculan filem sekuel Doctor Strange yang selanjutnya.

Marvel Studios secara tidak langsung sangat yakin bahawa X-Men akan hadir ke MCU; beberapa tahun sebelum Disney membeli rangkaian 21th Century Fox dan mengembalikan hak watak X-Men ke Marvel Studios.

Marvel sebelum ini pernah mendedahkan perkongsian klip eksklusif Loki adik tiri Thor. Klik pautan untuk membacanya.

Marvel Studios Kongsi Klip Eksklusif ‘Loki’

Tobey Maguire Dan Andrew Garfield Dilaporkan Bakal Muncul Dalam Spider-Man 3

‘Selamat Berehat King’, Para Avengers Kongsikan Ucapan Terakhir Buat Bintang Black Panther