Walaupun Quantum Realm merupakan alam yang penting ketika Avengers: Infinity War, nampaknya Marvel Studios tidak mahu Ant-Man hadir dengan filem ketiganya.

Dilaporkan filem ketiga Ant-Man akan ditukar menjadi siri khas di Disney+. Walaupun mungkin ada beranggapan Ant-Man sudah turun taraf, tetapi siri ini akan diberikan bajet yang besar.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

https://twitter.com/nomadthor/status/1174354175959941120

Siri khas yang akan ditayangkan di Disney+ semuanya dibawah seliaan Kevin Feige, jadi tidak satu pun siri berkenaan akan ‘dianaktirikan’. Tetapi ianya juga satu perkara yang bagus kerana watak Luis (Michael Pena) bersama Paul Rudd dapat dikembangkan lagi.

https://www.youtube.com/watch?v=p-r3mhlIJi0

Ditambah lagi dengan siri ini kemungkinan besar hadir dengan minimum 6 episod, jadi ianya 6 jam masa tayangan. Lebih panjang berbanding filem yang hanya mempunyai 2 jam tayangan.

Marvel Studios mahu memberi lebih tumpuan dalam memperkenalkan watak-watak baharu seperti The Eternals, Shang-Qi dan akan datang watak daripada X-Men. Jadi, superhero yang sudah dikenali perlu memberi laluan kepada watak-watak baharu ini.

Apa pun rancangannya, Kevin Feige pasti lebih tahu bagaimana untuk menyusun MCU Phase 4 ini. Ini adalah senarai filem dan siri Disney+ yang sudah sah akan berlangsung.

Marvel Secara Rasmi Umum Semua Projek Akan Datang ‘MCU Phase 4’

Marvel Studios Perkenalkan 3 Watak Baharu Yang Bakal Sertai MCU