Jika anda rasa tiada siapa sesuai untuk menggantikan Hugh Jackman sebagai Wolverine, Marvel Studios juga setuju dengan perkara tersebut.

Menurut sebuah rancangan Youtube TVO of Lords of the Long Box, Hugh Jackman dilaporkan tetap menjadi pilihan utama Marvel Studios untuk membawakan watak Wolverine walaupun Hugh berkata mahu ‘bersara’ daripada terus memegang watak Wolverine.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Tetapi, Hugh Jackman pernah mengeluarkan kenyataan bahawa sekiranya Wolverine diserap masuk ke dunia MCU, beliau mungkin akan mempertimbangkan kembali untuk memegang watak berkenaan.

Presiden Marvel Studios, Kevin Feige masih belum mempunyai rancangan bagaimana Marvel Studios mahu memperkenalkan watak baharu daripada X-Men ke dunia MCU. Hugh Jackman tahun ini sudah berusia 51 tahun dan jika benar Hugh kekal bawa watak Wolverine, ianya mungkin agak sukar bagi dirinya.

Sebagai perbandingan, Robert Downey Jr ‘bersara’ daripada memegang watak Iron Man di usia 53 tahun. Sekiranya Marvel Studios tetap mahu Hugh sebagai Wolverine, maka X-Men perlu segera muncul dalam MCU.

Wolverine sebenarnya sudah ‘mati’ dalam filem terakhirnya, Logan. Persoalan paling penting semestinya bagaimana Wolverine akan diperkenalkan dalam MCU nanti? Sama sama kita nantikan.

Sebelum ini, pelakon Taron ‘Eggsy’ Egerton pernah disebut bakal ganti Hugh Jackman sebagai Wolverine. Atau anda mahu Jason ‘Aquaman’ Momoa sebagai Wolverine?

Taron Egerton Mungkin Gantikan Hugh Jackman Sebagai Wolverine?

Jason Momoa Berminat Pegang Watak ‘Wolverine’

Hugh Jackman Hanya Akan Kembali Sebagai Wolverine Jika Diberi Peluang Dalam Marvel Cinematic Universe