Pagi ini, Marvel Studios telah berkongsikan perkembangan terkini untuk segala program akan datang mereka khususnya buat rangkaian Disney+.

Namun, paling mendapat perhatian ramai dan peminat setia Marvel adalah klip eksklusif Loki yang akan bersiaran di laman streaming Disney+ tidak lama lagi.

Klip ini sudah mendapat lebih 12,000 perkongsian di Facebook walaupun baharu sahaja dikongsikan 30 minit yang lalu. Klip ini adalah kesinambungan daripada babak dalam filem Avengers: Endgame di mana Loki menggunakan batu Tessaract untuk melarikan diri dan telah dibawa ke ‘dunia baharu’.

Apa yang akan terjadi nanti? Sama-sama kita nantikan siri ini di Netflix. Ini pula perkembangan dunia hiburan lain yang anda boleh baca.

Tobey Maguire Dan Andrew Garfield Dilaporkan Bakal Muncul Dalam Spider-Man 3

Selepas BlackPink, Running Man Pula ‘Diserang’ Netizen Dari China

Pierre Andre Kongsi Punca Menyepi Daripada Industri Perfileman Di YouTube