Semalam pelakon yang akan membawa watak Captain Marvel, Brie Larson memuat naik status di Twitter bahawa beliau mahu buat kejutan kepada peminat yang lama menunggu untuk melihat Captain Marvel secara rasmi.

Menerusi video dan artikel di Entertainment Weekly, 10 gambar rasmi ini dikongsikan oleh pihak Marvel Studios untuk memberi hype kepada filem akan datang Marvel ini.

Antara yang dapat dilihat adalah Brie Larson dalam persalinan rasmi Captain Marvel, Nick Fury sewaktu muda dan masih celik, the Skrulls yang tiba ke bumi serta banyak lagi.

Apa yang kita dapat jangkakan adalah sejarah di sebalik hubungan Nick Fury dan Captain Marvel dan disebabkan filem ini berlatarkan tahun 1990an, Nick Fury kelihatan jauh lebih muda dengan bantuan CGI.

Agak kecewa kerana jika mahu ‘break the internet’, sepatutnya trailer rasmi yang perlu dikeluarkan Marvel dan bukan sekadar gambar.

Apa pun, bila sudah ada gambar rasmi, pastinya trailer rasmi akan menyusul kelak. Harapnya ada penampilan khas ahli Avengers sedia ada dalam Captain Marvel nanti.

BACAAN SETERUSNYA

© 2018 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W), a part of Media Prima Group